Pendidikan Pencegahan Dadah


PENGENALAN

Dadah telah diisytiharkan sebagai musuh nombor satu Negara. Sehubungan dengan itu, semua pihak telah disarankan untuk memainkan peranan memerangi gejala ini dari terus berleluasa. Permasalahan dadah hari ini semakin rumit dan ia perlu penglibatan segenap lapisan masyarakat. Penglibatan pelajar dalam penagihan dadah walaupun sedikit bilangannya perlu ditangani agar gejala ini dapat dibendung di peringkat awal selari dengan matlamat menjadikan sekolah sebagai SEKOLAH BEBAS DADAH 2012. Justeru itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah dan akan terus berusaha merancang, melaksana dan memperkasakan program pendidikan pencegahan Dadah di Sekolah.

KENAPA DIWUJUDKAN

Merupakan “one stop center” yang menyediakan satu pusat akses maklumat pendidikan pencegahan dadah yang lengkap kepada murid-murid, guru, ibu bapa dan komuniti setempat. Maklumat dan bahan-bahan berkaitan PPDa dalam pelbagai medium boleh meningkatkan lagi pengetahuan murid khususnya tentang bahaya penggunaan dadah, rokok, inhalan dan juga gejala sosial lainya.

OBJEKTIF

Menyediakan satu pusat akses maklumat lengkap berkaitan Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah-sekolah.
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pendidikan pencegahan dadah di kalangan murid secara lebih sistematik dan berkesan.
Menjadi bilik gerakan kepada perancangan dan pelaksanaan program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah.
Menjadi tempat interaksi murid-murid dalam usaha membangunkan karektor murid cemerlang.

RASIONAL

Bilik Sumber PPDa Sekolah dilihat sebagai pemangkin dan sangat wajar diwujudkan di setiap sekolah bagi memudahkan pihak sekolah menyebar bahan dan maklumat PPDa secara interaktif, sistematik dan efektif disamping dapat diakses dengan mudah oleh murid-murid, guru dan masyarakat sekitarnya.

MATLAMAT

Menyediakan satu pusat sumber maklumat lengkap berkaitan pendidikan pencegahan dadah yang boleh diakses oleh murid, guru dan juga ibu bapa dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran membanteras penggunaan dadah kearah merealisasikan hasrat melahirkan Sekolah Bebas Daripada Dadah Menjelang Tahun 2012.